Sunday, 8 July 2018

APA ITU SKALA??


Pengenalan
Ukuran merupakan perkara penting dan perlu difahamkan dalam lukisan. Jika boleh sesuatu objek itu dilukis mengikut saiz asalnya ternyatalah lukisan itu dalam saiz penuh atau dinyatakan dengan skala 1:1. Jadi skala dalam lukisan digunakan untuk menterjemahkan sesuatu bentuk asal pada halaman lain yg boleh dilihat secara menyeluruh.
CARA PENGIRAAN SKALA

Biasanya terdapat skala dalam lukisan. Contoh skala adalah 1 : 500. Apakah maksud 1 nisbah 500? Ataupun 1 : 500? Maksud yang ingin disampaikan disini adalah ;

1 centimeter dlm lukisan = 500 centimeter jarak di luar.
Jadi 1cm dalam plot adalah bersamaan 5 meter panjangnya di tapak bina. Sama juga dengan 1 : 200 atau lain2 nya.

PENERANGAN
Pengecilan dan Pembesaran
Sekiranya perlu menyediakan lukisan mengikut skala supaya dapat dimuatkan ke dalam keras lukisan adalah perlu mengetahui penggunaan skala untuk pembesaran dan pengecilan. Bagi objek – objek yang besar dilukis dengan skala mengecil ( Pengecilan ).
Contoh :-
Gambarajah pengecilan skala 1:2 bermaksud nisbah lukisan dengan objek sebenar adalah 1 mm dalam lukisan 2 mm objek sebenar. Lukisan menunjukkan ½ saiz objek. Jika skala 1:10 bermaksud 1 mm dalam lukisan 10 mm objek sebenar.

Bagi bahagian yang kecil dan rumit perlulah menggunakan skala pembesaran. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pada objek yang rumit. Jika pembesaran dibuat dua kali ganda skala dinyatakan 2:1 yang bermaksud 2 mm dalam lukisan 1 mm objek sebenar.

Kesimpulan pada skala yang digunakan 1:2 (1 dikiri meunjukkan lukisan dan 2 di kanan adalah objek). Sekiranya pembesaran 3:1 sama dengan 3 lukisan dan 1 adalah objek.
Pecahan Padan / Representation Fraction :
Pecahan padan menunjukkan nisbah antara ukuran dalam lukisan dengan ukuran objek sebenar.
Pecahan Padan - Saiz dalam lukisan
Saiz objek sebenar
Contoh :
i. Jika 1 inci dalam lukisan sama dengan 1 ela bagi objek
Pecahan Padan = 1 inci = 1
1 ela = 36
Ini digunakan untuk pengecilan menunjukkan unit lebih besar daripada lukisan.
ii. Sekiranya 2 mm panjang objek = 1 cm dalam lukisan
Pecahan Padan = 1 cm = 10 = 5
2 mm 2
Skalanya = 5:1 ( Objek dilukis 5 x saiz sebenar )
Rujukan :
1. Lukisan Geometri dan Kejuruteraan K. Morling
2. Australian Engineering Drawing Handbook Part 1
Skala Jurutera
Skala Penuh dan Nisbah Pembesaran
5 : 1 .
2 : 1
1 : 1
Pengecilan
1 : 2
1 : 20
1 : 200
1 : 2000
1 : 25
1 : 250
1 : 2500
1 : 25000
1 : 50
1 : 500
1 : 5000
1 : 50000
1 : 100
1 : 1000
1 : 10000
1 : 100000
Skala Akitek
Skala Penuh . . . .
Pengecilan
1 : 2
1 : 20
1 : 200
1 : 2000
1 : 2500
1 : 5
1 : 50
1 : 500
1 : 10
1 : 100
1 : 1000
Skala : Juruukur & Peta ( Surveying & Mapping )
Pengecilan
1 : 200
1 : 2000
1 : 250
1 : 2500
1 : 25000
1 : 500
1 : 5000
1 : 50000
1 : 500000
1 : 1000
1 : 10000
1 : 100000
1 : 1000000
Tambahan skala yang digunakan dalam lukisan – lukisan tertentu
1 : 125
1 : 1250
1 : 12500
1 : 3000
1 : 400
1 : 4000
1 : 750
1 : 800
1 : 8000
Kaedah menyatakan skala dalam lukisan
i. Skala yang ditunjukkan
ii. Skala 1 : 100
iii. Nota ( Tiada Skala )
iv. Dua Skala
a. Nota “Seperti ditunjukkan”
b. Atau yang ditunjukkan
c. Skala tegak 1 : 500
Skala Melintang 1 : 100
Skala Metrik digunakan mengikut penggunaan untuk lukisan kejuruteraan Mekanikal
1 : 1
1 : 10
1 : 2
1 : 20
1 : 2.5
1 : 2.5
1 : 5
1 : 33.3
Untuk Lukisan Akitek ( Pengecilan )
1 : 40 1 : 100
1 : 50 1 : 150
1 : 75 1 : 200
1 : 80
Untuk Pelan Lokasi
1 : 500 1 : 500
1 : 1000 1 : 10000
1 : 2000 1 : 20000
Untuk Pelan Juruukur ( Survey )
1 : 50000 1 : 200000
1 : 100000 1 : 500000
Skala untuk Peta ( Map )
JENIS – JENIS SKALA
Jenis2 skala dikelaskan mengikut penggunaan seperti :
1. Skala Akitek
2. Skala Engieer
3. Skala Mekanikal Engineer
4. Skala Decimal
5. Skala Metrik
Penerangan
1. Skala Akitek
Digunakan untuk mengecilkan supaya struktur bangunan atau binaan yang besar – besar dapat dimuatkan ke dalam kertas lukisan. Saiz – saiz yang terdapat pada skala Akitek adalah seperti :
½” = 1’ – 0” Saiz Penuh
6” = 1’ - 0’’ ½ Saiz Penuh
3” = 1’ - 0’’ ¼ Saiz Penuh
1 1/2” = 1’ - 0’’ 1/8 Saiz Penuh
1” = 1’ - 0’’ 1/12 Saiz Penuh
3/4” = 1’ - 0’’ 1/16 Saiz Penuh
1/2” = 1’ - 0’’ 1/24 Saiz Penuh
3/8” = 1’ - 0’’ 1/32 Saiz Penuh
1/4” = 1’ - 0’’ 1/48 Saiz Penuh
3/16” = 1’ - 0’’ 1/64 Saiz Penuh
1/8” = 1’ - 0’’ 1/96 Saiz Penuh
3/32” = 1’ - 0’’ 1/128 Saiz Penuh
Contoh :
½” = 1’ – 0” adalah saiz penuh
¾” = 1’ – 0” adalah 1/16 saiz ( ¾ - 12 = 1/16 )
1A. Skala Akitek ( Inci / Imperial ) :
1B. Skala Akitek ( Metrik )
2. Skala Engineer
Skala dibahagikan kepada perpuluhan 10 – 80 bersamaan dengan satu inci. Digunakan bagi memplot , melukis peta dan bahagian – bahagian mesin.
3. Skala Mekanikal Engineer
Skala mekanikal pecahannya dibahagikan kepada unit dalam inci ke inci 1” : 1” = bagi saiz penuh . Pengecilan ½” = 1” ( setiap ½” dalam lukisan = 1 inci objek sebenar)
4. Skala Decimal
Skala khas dimana setiap 1 inci saiz penuh pada skala dibahagikan kepada 50 bahagian. Setiap sub unit = 0.02” ( 1/50 = 0.02” ) 5 S/unit = mewakili 1. Bagi skala separuh ½” mewakili 1” bermaksud ½” pada skala dibahagikan kepada 50 bahagian ( ½ - 50 = 0.01 ). Setiap satu sub unit = 0.01. 10 sub unit mewakili = 1”.

Begitu juga bagi skala seperempat dan seterusnya. Kesimpulannya penggunaan skala decimal ini bolehlah dengan merujuk kepada skala penuh untuk penggunaan skala pengecilan atau pembesaran dengan mengecilkan ukuran atau menggandakannya.

5. Skala Metrik :
Asas bagi unit Metrik ialah Meter. Simbol yang digunakan adalah ‘M’.
Setiap 1 Meter = 1000 Milimeters
1 mm = 0.001 m
10 mm = 0.01 m
Kredit : Kontraktor Malaysia








 Semoga membantu dan memberi manfaat.

Apa Beza Autocad dan 3ds-Max??


1) AUTOCAD
AutoCAD adalah perisian komputer CAD untuk menggambar 2 dimensi dan 3 dimensi yang dikeluarkan oleh Autodesk. Pelbagai produk AutoCAD, secara keseluruhan, adalah software CAD yang paling banyak digunakan di dunia.


AutoCAD digunakan oleh Jurutera sivil, land surveyor, developers, arkitek, jurutera mesin, pereka hiasan dalaman dan lain-lain.
Berikut ini beberapa kelebihan AutoCAD:
++ Visual yang dihasilkan mempunyai kualiti jauh lebih baik dibanding dengan hasil dengan lukisan tangan secara manual kerana lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat.

++ Lukisan yang dihasilkan mempunyai tahap ketepatan yang tinggi kerana AutoCAD mempunyai tahap ketepatan sehingga tiga belas digit sehingga lukisan lebih sempurna dan tepat ukurannya.

++ Bidang gambar kerja AutoCAD tidak terhad sehingga membolehkan untuk membuat gambar dengan ukuran yang sangat luas dan kompleks, tetapi dalam pencetakannya mungkin agak terhad dan dipilih kepada bahagian tertentu saja.

++ Skala lukisan yang dihasilkan fleksibel kerana dapat mencetak lukisan rekabentuk yang dihasilkan dengan jenis skala yang sangat variatif.

++ Lukisan visual yang dihasilkan boleh disimpan dengan cara yang sangat mudah, dimana hasil penyimpanan lukisan tersebut boleh diakses dengan software lain serta dipublikasikan untuk kerja apabila diperlukan.

2) 3DS-MAX

3D Studio Max (kadangkala disebut 3ds Max atau hanya MAX) adalah sebuah perisian komputer grafik vektor 3-dimensi dan animasi, ditulis oleh Autodesk Media & Entertainment (dulunya dikenal sebagai Discreet and Kinetix. Perisian ini dikembangkan dari pendahulunya 3D Studio fo DOS, tetapi untuk platform Win32. Kinetix kemudian bergabung dengan Autodesk, Discreet Logic. Versi terbaru 3Ds Max pada ketika ini adalah 3ds-Max 2019.
.
.
Berikut ini beberapa kelebihan 3Ds Max:
++ Mampu membuat objek Visual secara 3 dimensi dan bentuk dapat diubah mengikut kesesuaian pengguna.

++ Mampu memberikan kesan material yang realistik seperti material kayu, batuan, dan tanah.

++Mampu memberikan tekstur khususnya pada peringkat akhir penghasilan 3d produk seperti kesan cahaya dan bayang, kesan atmosfera dan lain-lain lagi.






KUASAI AUTOCAD & 3DS-MAX DGN TEKNIK PRAKTIKAL, PANTAS & THORBAIK!!

KUASAI AUTOCAD & 3DS-MAX DGN TEKNIK PRAKTIKAL, PANTAS & THORBAIK!!
=========================
.
Tahniah kepada peserta-peserta yang telah hadir ke group coaching ini. 
Semoga dimudahkan perjalanan dalam kerjaya masing-masing.
.
.
.Selepas tamat group coaching ini, peserta boleh bertanyakan soalan atau masalah yang dihadapi dengan khidmat nasihat PERCUMA saja.
.
.
Bagi anda yang memerlukan bimbingan dengan Cikgu Sazli, kami sedia membantu anda dalam sesi coaching akan datang.
.
.
Sebarang pertanyaan dan berminat boleh hubungi :
.
.
 Whatsapp ke 013-2020320 (Shazeera)
Whatsapp ke 013-2020320 (Shazeera)
 Whatsapp ke 013-2020320 (Shazeera)
































APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...