Saturday, 9 February 2019

UJIAN PADA KONKRIT (Slump Test).

i) Tujuan

Tujuan utama ujian ini ialah untuk menentukan kemudahan kerja (degree of workability) bagi sesuatu campuran konkrit. Nisbah bahan-bahan konkrit sudah ditentukan seperti yang dikehendaki. Kekuatannya bergantung kepada cara konkrit itu dituangkan. Oleh itu, konkrit yang hendak digunakan mestilah mudah dituang dan berkeadaan padat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemudahan kerja adalah seperti berikut:
Kandungan air
Sifat batu baur - saiz, kekerasan, bentuk dan corak permukaan
Nisbah air/simen


ii) Cara membuat Ujian
Acuan digunakan ialah berbentuk kun di mana tingginya ialah 305mm.Lihat gambar rajah 1 di bawah. untuk gambar acuan berbentuk kun.
a. Ambil contoh konkrit dan penuhkan acuan dalam masa 2 minit dalam 4 lapisan yang sama.
b. Padatkan tiap-tiap lapisan 25 kali menggunakan rod keluli. Lihat gambar di bawah untuk gambar rod keluli.
c. Permukaan di atas diparaskan dan segala kebocoran di tapak acuan dibersihkan.
d. Dengan tidak membuang masa, acuan diangkat dengan perlahan-lahan dalam keadaan tegak.
e. Ukurlah pemendapan 6 mm yang terdekat. Jika pemendapan riceh atau roboh berlaku, ujian hendaklah diulangi menggunakan contoh yang lain. Lihat gambar rajah dibawah untuk gambar ujian pemendapan.
f. Catatkan segala keputusan
g. Bersih acuan dan biarkan kering. Jangan sekali-kali acuan itu disapu minyak.
Penurunan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja (degree of workability) sesuatu campuran konkrit.
Penurunan Ricih (Shear Slump) - jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Sekiranya pemendapan riceh berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila campuran-campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan.
Penurunan Roboh (Collapse Slump) - campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil.

Kredit : Kontraktor Malaysia






























No comments:

Post a Comment

APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...