Friday, 26 July 2019

PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN BANGUNAN (BUILDING SERVICES)


Kerja Pemasangan Servis Bangunan
Secara umum kerja-kerja pemasangan perkhidmatan bangunan boleh dihahagikan kepada empat kategori utama iaitu:-
1. Pemasangan Sistem Elektrik (Lukisan Elektrik)
2. Pemasangan Sistem Jentera
3. Pemasangan Sistem Bekalan Air dan Sanitari
4. Pemasangan Sistem Bekalan Gas

LUKISAN ELEKTRIK

PENGENALAN

Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik.Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk symbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan.Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.Terdapat dua system belalan elektrik iaitu system satu fasa dan system tiga fasa.Bagi rumah kediaman lazimnya system satu fasa digunakan manakala kilang dan bengunan besar memerlukan tiga fasa.

Setelah mempelajari unit ini , anda dapat :

i. Mengenal pasti jenis lukisan elektrik.
ii. Menerangkan kegunaan symbol piawai bagi alat tambah,suis dan fius agihan.
iii. Menyusun atur alat tambah,pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik.
iv. Melukis pelan bentangan domestic.
v. Melukis gambarajah skema unit kawalan utama pengguna.


1.1 Kenalpasti system bekalan elektrik

1.1.1. Sistem satu fasa

- Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu
kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal.

Sistem satu fasa (Single phase)
- Beban kurang seperti rumah kediaman


1.1.2. Sistem tiga fasa (Three phase)
- Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan
satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC.
- Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.


1.1.3. Peraturan am pemasangan alat tambah
-Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga .Antara peraturan yang terdapat adalah
seperti berikut:


a. Suis
i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya mudah dikendalikan.
ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi.Jika suis perlu dipasang didalam bilik mandi,suis jenis tarik hendaklah digunakan.
iii. Suis duahala sesuai digunakan untuk koridor ,tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik.
iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan kawalan.Inin boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau lebih.


b. Lampu
i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu.Bagi bilik yang besar,bilangan poin lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan sama rata.
ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca.
iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilah kipas.


c. Soket Keluar
i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua.Bagi bilik yang lebih besar peraturan ini dilonggarkan.

d. Unit Kawalan pengguna
i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah dikendalikan ketika berlaku kecemasan

1.1.4 Simbol Piawai Elektrik (Lagenda)
Alat tambah dan alat kelenkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat dlam pelbagai jenis dan saiz,serta mempunyai fungsi yang berlainan.Dalam lukisan elektrik, setiap alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan symbol piawai.Simbol piawai elektrik biasanya dilukis berpandukan piawaian ANSI dan BS.
Simbol Piawai elektrik bagi alat Tambah dan Alat Kelengkapan Elektrik

1.2 Hukum Ohm
Hukum Ohm ialah hokum yang paling asas dan penting dalam teori elektrik.Dengan menggunakan hokum ohm kita dapat menentukan nilai rintangan,arus,voltan dan kuasa dalan sesuatu litar AT(Arus Terus)

1.2.1. Takrif Hukum Ohm
Hukum Ohm menyatakan bahawa arus (I) yang mengalir melalui beban berkadar terus dengan voltan (v) yang merentasai beban dan berkadar songsang dengan rintangan beban tersebut dengan syarat suhunya tetap.Hubungan V,I dan R dinyatakan oleh formula berikut:

1.3 Kenalpasti faktor pencahayaan

Bacaan melalui alat pencahayaan yang sedia ada

1.3.1. Jenis Lukisan Ekektrik
Lukisan elektrik dikelaskan kepada beberapa bentuk utama iaitu:

Pelan Bentangan

Pelan bentangan ialah lukisan yang menunjukkan susun atur symbol piawai alat tambah dan kelengkapan pada pelan lantai bangunan.Kedudukan sebenar alat tambah dan alat kelengkapan ditapak bina adalah berpandukan kepada kedudukan simbolpada pelan bentangan.Pelan bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan industri.

Pelan Bentangan Domestik

Pelan bentangan domestic menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman.Susus atur symbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya tenaga.Lagenda(symbol) disediakan bersama-sama pelan bentangan bagi menunjukkan symbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.Rajah 5 menunjukkan contoh pelan domestic berserta lagenda.

Pelan bentangan industri

Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang besar seperti makmal,kilang dan permis perdagangan.Pendawaiannya memerlukan perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampong beban yang besar.Kaedah pendawaiannya menggunakan conduit atau sesalur logam.Bilangan alat tambah dan kelengkapan elektrik pada pelan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas berat.


Sebelum menyediakan pelan bentangan domestic,peraturan pemasangan alat tambah perlu difahami terlebih dahulu supaya lukisan yang dihasilkan dapat memenuhi piawaian yang tetap
Formula Arus untuk melengkapkapkan jadual beban.


a. Lampu Kalimantang
I = P(Power) x Fk(Power Factor)
240V

Contoh : 1 x 36w x 1.8
240V

= 0.27 A


b. Lampu Glob,lampu sorot,lampu pijar/lampu filemen , lampu glob dinding, lampu chandelier,unit pemanas air dan unit kawalan memasak.
I = P (Power)
240V

Contoh: 1x60w
240V
=0.25 A



c. Kipas dinding,kipas siling dan kipas ekzos
I=P (Power)
240V x 0.85(Power Factor- didalam kipas terdapat motor)

Contoh: 1x 60w
240V x 0.85

= 0.21A


Info Elektrik

a. Lukisan elektrik adalah penting bagi seseorang yang ingin memilih kerjaya dalam bidang kejuruteraan elektrik.

b. Memahami lukisan kejuruteraan awam,senibina dan kejuruteraan dapat membantu meningkatkan kecekapan dalam menyediakan lukisan elektrik.

c. Suruhanjaya Tenaga merupakan pihak yang bertanggungjawab terhadap Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan Pemasangan Elektrik.

d. PVK ialah singkatan bagi polivinil klorida(polyvinyl chloride – PVC)

e. Alat Tambah-Keperluan pendawaian seperti ros siling,soket keluar,palam,pemegang lampu dan kotak fius agihan.

f. Alat Kelengkapan-Peralatan elektrik seperti penyaman udara,dapur elektrik,kipas siling,kipas ekzos,poin pemanas air,unit kawalan pemasak dan sebagainya.

g. Voltan bekalan satu fasa (240V) adalah untuk kegunaan bekalan domestic.

h. Voltan bekalan tiga fasa (415V) adalah untuk kegunaanbekalan industri,premis perdagangan dan juga rumah kediaman yang menggunakn banyak kuasa eletrik.

























Wednesday, 17 July 2019

LUKISAN SKEMATIK

LUKISAN SKEMATIK
===============================================
Lukisan skematik adalah satu garisan yang menunjukkanpengalir, kabel atau dawai. Biasanya garisan inimenyambungkan beberapa kompenan elektrik atau alat pelindungan yang digambarkan melalui simbol piawaielektrik.

Lukisan skematik adalah lukisan yang menunjukkan susunatur alatan perlindungan elektrik dari litar pembekalke litar pengguna berserta maklumat pembahagian beban didalam sesuatu fasa.
Atau
Gambarajah yang menunjukkan turutan kawalan / unit pengguna / alat perlindungan utama dan saiz alat perlindungan litar akhir, saiz kabel utama dan litar akhir dan jenis beban yang tersambung dalam litar.







NAK BINA RUMAH SENDIRI


Anda mempunyai tanah dah ingin membina rumah. Tetapi anda tidak mempunyai wang yang banyak dan tidak tahu selok belok membina rumah. Bagaimana cara untuk anda membina rumah yg luas dengan kos pembinaan yang murah. Di sini akan disertakan contoh rumah asas yang mana bentuk dan binaannya adalah murah. Jadi bagi yang kurang berkemampuan, bolehlah membina rumah seperti ini. Cara lain untuk anda menjimatkan kos binaan sesebuah rumah termasukklah :

1. Membuat Rumah Segi Empat (kekotak)
2. Mengurangkan ketinggian rumah seperti bertangga
3. Menggunakan barang yang kualiti gred kedua.
4. Beli sendiri material on site

UPAH MEMBINA RUMAH

Harga upah sesuatu rumah bergantung kepada tempat yg dibina. Di sini kami tak sertakan jumlah upah yg terlibat kerana harga yang tidak menentu berdasarkan harga semasa dan lokasi pembinaan. Biasanya ada yang membuat dengan mengambil upah sahaja (sub labour) dan ada yg mengambil upah berserta barang. (total sub)

KOS BARANG MEMBINA RUMAH

Apakah barang yang harus dibeli untuk membina rumah tersebut? Berapa kan jumlah kuantiti yang diperlukan? Kos barang juga tidak menentu dan bergantung kepada harga semasa serta tempat dibeli dan jarak penghantaran. jadi kita agar sukar untuk menganggar kos untuk membeli barang. Jadi cara mudah adalah dengan membuat senarai apa yang akan digunakan bagi membina sebuah rumah.

APA BARANG YANG DIPERLUKAN

Untuk membina rumah asas dengan keluasan 900 hingga 950 kaki persegi, atau berdasarkan pelan rumah yang dilampirkan. Di sini kami sertakan senarai ringkas barang yang perlu disediakan untuk menyiapkan 1 buah rumah yang lengkap. Kepada mereka yang kurang pengalaman berapa banyak kuantiti yang harus dibeli, disini kami ulaskan sebagai panduan kadar penggunaan yang harus dibeli agar tidak mengalami pembaziran lebihan barangan.

ANGGARAN KUNTITI BARANG UNTUK PEMBINAAN :

1. Besi T20 = 1.5 tan
2. Besi T16 = 3.5 tan
3. Besi T 12 = 1.5 tan
4 Besi R10 = 1 tan
5. Kayu 1x2 = 2 tan
6. Kayu 2x3 = 2 tan
7. Kayu 2x4 = 1/2 tan
8. Plywood = 25 keping
9. Simen portland = 250 bag
10. Simen plaster = 200 bag
11. Bata (tanah/pasir) = 28,000 biji
12. Pasir kasar/course = 30 tan
13. Pasir plaster = 25 tan
14. Batu aggregate = 20 tan
15. Longkang 9 inci = 65 biji. (3 kaki/nos)
16. Kekuda besi = 1 tan
17. Atap genting = 1450 keping
18. Siling 2x4 = 160 keping
19. Mozek lantai (1x1) = 950 keping
Mozek dinding (1x1) = 450 keping
Frame
Pintu
Tingkap
Paip dalaman
Paip luaran
Tangki najis
Elektrikal
Telekom
Sewerage/manhole
Sanitary fitting
Elektrikal fix
Tangki air
Cat










Terima kasih atas kesudian membawa posting ini.

APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...