Wednesday, 17 July 2019

NAK BINA RUMAH SENDIRI


Anda mempunyai tanah dah ingin membina rumah. Tetapi anda tidak mempunyai wang yang banyak dan tidak tahu selok belok membina rumah. Bagaimana cara untuk anda membina rumah yg luas dengan kos pembinaan yang murah. Di sini akan disertakan contoh rumah asas yang mana bentuk dan binaannya adalah murah. Jadi bagi yang kurang berkemampuan, bolehlah membina rumah seperti ini. Cara lain untuk anda menjimatkan kos binaan sesebuah rumah termasukklah :

1. Membuat Rumah Segi Empat (kekotak)
2. Mengurangkan ketinggian rumah seperti bertangga
3. Menggunakan barang yang kualiti gred kedua.
4. Beli sendiri material on site

UPAH MEMBINA RUMAH

Harga upah sesuatu rumah bergantung kepada tempat yg dibina. Di sini kami tak sertakan jumlah upah yg terlibat kerana harga yang tidak menentu berdasarkan harga semasa dan lokasi pembinaan. Biasanya ada yang membuat dengan mengambil upah sahaja (sub labour) dan ada yg mengambil upah berserta barang. (total sub)

KOS BARANG MEMBINA RUMAH

Apakah barang yang harus dibeli untuk membina rumah tersebut? Berapa kan jumlah kuantiti yang diperlukan? Kos barang juga tidak menentu dan bergantung kepada harga semasa serta tempat dibeli dan jarak penghantaran. jadi kita agar sukar untuk menganggar kos untuk membeli barang. Jadi cara mudah adalah dengan membuat senarai apa yang akan digunakan bagi membina sebuah rumah.

APA BARANG YANG DIPERLUKAN

Untuk membina rumah asas dengan keluasan 900 hingga 950 kaki persegi, atau berdasarkan pelan rumah yang dilampirkan. Di sini kami sertakan senarai ringkas barang yang perlu disediakan untuk menyiapkan 1 buah rumah yang lengkap. Kepada mereka yang kurang pengalaman berapa banyak kuantiti yang harus dibeli, disini kami ulaskan sebagai panduan kadar penggunaan yang harus dibeli agar tidak mengalami pembaziran lebihan barangan.

ANGGARAN KUNTITI BARANG UNTUK PEMBINAAN :

1. Besi T20 = 1.5 tan
2. Besi T16 = 3.5 tan
3. Besi T 12 = 1.5 tan
4 Besi R10 = 1 tan
5. Kayu 1x2 = 2 tan
6. Kayu 2x3 = 2 tan
7. Kayu 2x4 = 1/2 tan
8. Plywood = 25 keping
9. Simen portland = 250 bag
10. Simen plaster = 200 bag
11. Bata (tanah/pasir) = 28,000 biji
12. Pasir kasar/course = 30 tan
13. Pasir plaster = 25 tan
14. Batu aggregate = 20 tan
15. Longkang 9 inci = 65 biji. (3 kaki/nos)
16. Kekuda besi = 1 tan
17. Atap genting = 1450 keping
18. Siling 2x4 = 160 keping
19. Mozek lantai (1x1) = 950 keping
Mozek dinding (1x1) = 450 keping
Frame
Pintu
Tingkap
Paip dalaman
Paip luaran
Tangki najis
Elektrikal
Telekom
Sewerage/manhole
Sanitary fitting
Elektrikal fix
Tangki air
Cat










Terima kasih atas kesudian membawa posting ini.

No comments:

Post a Comment

APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...