Monday 28 September 2020

APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain.


KEPERLUAN FORMAT PELAN


1. Disediakan ruang kosong di penjuru atas kanan format lukisan pada setiap pelan berukuran 100mm x 150mm ruang kelulusan Majlis seperti lampiran D.



2. Dicatatkan dan disahkan pada di setiap pelan perakuan berikut:-
“Saya memperakui bahawa perinci-perinci dalam pelan-pelan ini adalah menurut kehendak-kehendak Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan saya setuju terima tanggungjawab penuh dengan sewajarnya”


3. Pelan-pelan hendaklah diwarnakan dengan lengkap.

KEPERLUAN PELAN LUKISAN

1. Pelan Lokasi dalam skala 1:400
2. Pelan Tapak dalam skala 1:200



Pelan Lokasi dan Pelan Tapak dilengkapkan dengan perkara berikut:

a. Arah utara
b. Nama-nama jalan berhampiran
c. Nombor lot / nombor rumah berhampiran
d. Tapak cadangan diwarnakan merah
e. Jarak dan garisan anjakan bangunan
f. Lebar jalan, lorong belakang dan tepi
g. Pagar dan laluan masuk utama (entrance gate)



Pelan Lantai dalam skala 1:100 dan dilengkapkan dengan perkara berikut:-

a. Nombor lot / nombor rumah
b. Jarak anjakan bangunan (perlu diisi oleh PSP)
c. Keluasan Bilik Tidur (Minimum mengikut UUKBS 1984)
d. Minimum lebar setiap bilik tidak kurang daripada 2 meter.
e. Garisan cucur atap, sempadan & kelegaan ditunjukkan dengan jelas.
f. Menyediakan longkang dan apron disekeliling bangunan termasuk
rumah teres „end lot‟ dan „corner lot‟.
g. Ukuran dan arah bukaan untuk tingkap dan pintu.
h. Jenis dan saiz tingkap / pintu / telaga udara pada pelan atau jadual „legend‟.
i. Disediakan ‘drop‟ pada lantai dapur dan bilik air (min.50mm)- jika perlu
j. Kemasan lantai pada pelan atau jadual ‘legend‟.
k. Nama dan kegunaan bilik / ruang.
l. Ukuran-ukuran bilik / ruang mengikut UUKBS 1984.
m. Dinding baru di plastered luar dan dalam.
n. Garisan keratan bangunan memanjang dan menegak.
o. Ukuran tangga - jejak (255mm min.) dan anak tangga (180mm max.)
p. Tembok penahan (jika ada)
q. „Outlet‟ air di balkoni.
r. Telaga Udara (Airwell) - jika ada



Pelan Tampak Hadapan, Belakang dan Tepi dalam skala 1:100 dan dilengkapkan dengan perkara berikut:-
a. Jarak bangunan bertutup dan cucur atap ke sempadan.
b. Ketinggian bangunan dari aras ke bumbung (hujung bumbung yang tertinggi).
c. Ketinggian bangunan - ruang kediaman tidak kurang dari 2.5 Meter.
d. Jenis dan saiz tingkap / pintu / telaga udara pada pelan atau jadual legend.
e. Tebal dan kemasan dinding ( Dinding baru di plaster luar & dalam ).
f. Ketinggian paip pengudaraan (Vent Pipe) - 610mm.
g. Sudut kecerunan bumbung.



Pelan Keratan dalam skala 1:100 (membujur dan melintang) dan dilengkapkan dengan perkara berikut:-
a. Ketinggian bangunan – ruang kediaman tidak kurang dari 2.5m ‘clear height‟
b. Ketinggian bangunan ke aras bumbung (hujung bumbung yang tertinggi)
c. Garisan cucur atap ke sempadan.
d. Jenis dan saiz tingkap / pintu / telaga udara pada pelan atau jadual legend. Kemasan dinding.
e. Tebal dinding dan jenisnya.
f. Ukuran tangga – jejak (255mm min) dan anak tangga (180mm max) dan
ketinggian railing (900mm min).



Pelan Bumbung dalam skala 1:100 dan dilengkapkan dengan perkara berikut:-
a. Kecerunan bumbung.
b. Bumbung dari jenis ‘asbestos free’ unit kediaman.
c. Garisan kelegaan ditandakan merah


Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH)
(UUKBS 2, 10 & 115 dan Garis Panduan KPKT)


a. Pelan Bangunan menunjukkan lokasi tangki SPAH dengan jelas.
b. Elemen SPAH ditunjukkan dengan jelas dalam diagramatik.
(sistem paip, tangki, pam air dan lain-lain)
c. Sistem SPAH untuk banglo dan rumah berkembar
(keluasan bumbung rata sama atau >100m2
sahaja)
d. Penutup bumbung dan saliran berkesan untuk sistem SPAH.
e. Air hujan tidak boleh memasuki tangki bekalan air.
f. Alir keluar SPAH hendaklah ditandakan “Bukan tujuan untuk minuman
dan mandian” pada pelan.
g. Palong mempunyai kecerunan yang mencukupi supaya air tidak bertakung.
h. Paip air hujan hendaklah berwarna hijau.



Pelan Struktur


a. Borang A Struktur yang diisi lengkap dan ditandatangani oleh Jurutera
Perunding.
b. 1 set pelan struktur (linen) lengkap dengan tandatangan Jurutera Perunding
c. Kiraan yang lengkap dan dibukukan bersama-sama pelan struktur.

Pelan perincian Pagar Masuk, Culvert dan pagar keliling (perimeter fencing).

Pelan perincian Kolam Renang (jika ada)

Perincian Papan Tanda dan Hoarding (Format di Lampiran E dan F)

Lukisan Diagrammatic Bekalan Air (jika ada paip air baru dan diwarnakan biru).

Lukisan Diagrammatic Sanitary Layout (jika ada sanitari baru dan diwarnakan merah).
a. Arah paip – sink / basin / long bath / floor trap ke „gully trap‟ / grease trap
seterusnya ke lurang (manhole) dan diwarnakan merah.
b. Arah paip water closet ke lurang dan diwarnakan merah.
c. Water tap pada water closet dimana sesuai dalam ruang tandas.
d. Manhole air tight cover.























Apa Itu Bidang Alam Bina?

Alam bina merupakan satu set adaptasi manusia ke atas alam geografi, penghayatan dan budaya.


 Ia mengandungi rupa bentuk binaan sesuatu tempat atau bandar, fabrik fizikalnya dan susun atur ruang yang membentuk persekitaran fizikal.

Dengan kata lain, bidang alam bina merupakan ruangan yang wujud serta dapat dilihat dengan mata kasar, misalnya tapak binaan rumah dan bangunan. 


Bidang kerja alam bina juga melibatkan sekumpulan profesional dalam memastikan kerja-kerja yang dijalankan itu dapat disiapkan dengan sempurna.


Bidang alam bina merupakan salah satu bidang yang amat penting dalam sesebuah negara.











APA ITU LUKISAN SKEMATIK?

 Lukisan skematik adalah satu garisan yang menunjukkan pengalir, kabel atau dawai. Biasanya garisan ini menyambungkan beberapa kompenan elektrik atau alat pelindungan yang digambarkan melalui simbol piawai elektrik.

.
.
Lukisan skematik adalah lukisan yang menunjukkan susunatur alatan perlindungan elektrik dari litar pembekal ke litar pengguna berserta maklumat pembahagian beban didalam sesuatu fasa.

Atau

Gambarajah yang menunjukkan turutan kawalan / unit pengguna / alat perlindungan utama dan saiz alat perlindungan litar akhir, saiz kabel utama dan litar akhir dan jenis beban yang tersambung dalam litar.
.
.
#szdesigninfo
#autocadelektrik
#kuasaiautocad
#elektrik












Monday 14 September 2020

4 ELEMEN YANG AMAT PENTING DALAM LUKISAN BANGUNAN

 1. Pelan Lokasi (Location Plan)

Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan. Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.
.
.

2. Pelan Tapak (Site Plan)
Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang hendak dibina.
.
.

3. Pelan Lantai (Floor Plan)
Menunjukkan ukuran bangunan keseluruhannya serta susun atur grid bagi rujukan pembinaan. Pelan dilengkapi dengan susun atur perabot. Petunjuk keratan A dan B ditunjukkan pada pelan lantai. Pelan tapak juga bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan dilihat dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan itu serta susunannya
.
.

4. Pandangan (Elevation)
Pandangan adalah untuk menunjukkan secara keseluruhan bagaimana rupanya bangunan itu dipandang dengan mata kasar. Ia hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu. Ia bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.

.
.Bagi melukis pandangan sesebuah bangunan, kaedah unjuran ortografik digunakan iaitu sesuatu arah pandangan bangunan yang dilihat pada pelan lantai akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan bangunan itu.
.
.
Terdapat 3 jenis pandangan iaitu :

1. Pandangan Hadapan (Front Elevation)
2. Pandangan Belakang (Rear Elevation)
3. Pandangan Sisi (Side Elevation)

Lukisan Keratan Bangunan :
Lukisan keratan menunjukkan bangunan, tanah yang dipotong dari aliran utara-selatan atau barat-timur memberi maklumat butiran isi dalaman sesebuah pelan.

Lukisan Perincian Bangunan :
Pelan Lukisan Perincian memberi butiran yang besar dan lebih terperinci dan jelas seperti pintu, tingkap, cucur atap, sambungan tiang-gelegar, pemasangan pepasang sanitari.

Skala
Merupakan nisbah ukuran di atas pelan dan dipermukaan tanah yang sebenar. Contohnya - 1:100 bermakna 1mm di atas pelan bersamaan 100mm di atas permukaan tanah.
.
.
#szdesigninfo
#szdesignandbuild
#pelanrumah
#pelanlantai









Ukuran kabinet dapur

 Sedang merancang membuat kabinet dapur?

simpan rujukan ini baik-baik.

#szdesigninfo
#kuasaiautocad
#kuasai3dsmax
























 






pelan Lantai

 “ Saya baru nak cebur dalam bidang kontraktor... boleh saya tahu apa itu pelan lantai?”


APA ITU PELAN LANTAI?

Untuk membina sesebuah rumah misalnya, pelan adalah antara salah satu perkara penting daripada lukisan kerja senibina. Secara umumnya, pelan dapat dibahagikan kepada 5 jenis iaitu :

Pelan Kunci
Pelan Lokasi
Pelan Tapak
Pelan Lantai
Pelan Bumbung

Pelan lantai ialah suatu pelan yang menunjukkan saiz ruang dalaman, susun atur ruang-ruang, bahan kemasan lantai, kod jenis pintu dan tingkap, arah naik atau turun anak tangga, arah ayun pintu atau tingkap, bahan-bahan binaan ditunjukkan dengan menggunakan simbol-simbol piawaian lukisan, ketinggian lantai, dan garisan keratan.
.
.
Kebiasaanya pelan lantai menggunakan skala 1 : 100. Antara skala-skala lain yang biasa digunakan untuk pelan lantai ialah 1 : 50 dan 1 : 200.
.
.

Unit dimensi yang digunakan ialah milimeter (mm). Dimensi bagi panjang dan lebar bangunan itu serta bilik-biliknya hendaklah ditunjukkan.
.
.
Perkara-perkara lain yang perlu ditunjukkan ialah dimensi bukaan tingkap, pintu dan liang udara (jika ada), garisan saliran kekal dengan anak panah yang menunjukkan arah saliran serta saiz parit dan longkang, nama bilik dan kegunaannya.
.
.

Bagi tangga pula, hendaklah ditunjukkan arah anak panah turun atau naik, bilangan anak tangga dan jenis tangga.
.
.

Kerja-kerja penyediaan pelan lantai ini penting bagi memberi gambaran idea kepada pelangan melihat secara jelas susunan ruang dengan lebih terancang.
.
.

Tempoh masa untuk sediakan lakaran pelan lantai seperti ini biasanya mengambil masa satu hari.
.
.

Bagi peserta atau pelajar yang hadiri kelas untuk belajar membuat lukisan pelan lantai macam ini biasanya mengambil masa 2 hari sahaja untuk disiapkan.
.
.

Langkah-langkah untuk membuat pelan lantai ini dari awal sehingga akhir dijelaskan secara terperinci sehingga peserta dapat menyiapkan pelan lantai dalam tempoh tersebut.
.
.
#szdesigninfo
#kuasai2dautocad












Apa itu Loteng?.


1. Loteng ada bahagian atas bumbung selepas rasuk bumbung.
.

2. Kebanyakan bumbung rumah moden dibina tinggi supaya ruang udara dalam rumah lebih luas dan rumah lebih sejuk pada waktu siang.
.

3. Ada sesetengah yang mencapai ketinggian melebihi 4 meter atau 13.4 kaki.
.

4. Jika ruangan asal rumah tidak mencukupi, atau inginkan kelainan konsep pada rumah anda, bina 1 ruangan di bahagian ini dan apabila siap ianya dipanggil LOTENG.

.

#szdesigninfo



 




 







FORMULA UKURAN JARAK & KELUASAN TANAH

 1 kaki = 12 inci

1 kaki = 0.3048 meter
1 meter = 3.28084 kaki
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 ling = 0.201168 meter
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 66 kaki = 20.1168 meter
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.645 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 rantai = 22 ela
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki
1 jumba = 12 kaki
1 jemba = 24 kaki
1 orlong = 20 jumba

UNIT-UNIT UNTUK KELUASAN TANAH

1 kaki persegi = 0.093 meter persegi
1 ela persegi = 0.836 meter persegi
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
1 relung persegi = 2877.8 meter persegi
1 relung persegi = 30976 kaki persegi
1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung persegi = 484 jempa persegi
1 jempa persegi = 64 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relung
1 ekar = 4,046.86 meter persegi
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 43560 kaki persegi
1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi
1 ekar = 4 Rood = 160 pole
1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar
1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi

SIMBOL UNIT-UNIT UKURAN DALAM PELAN

in = inci
ka / ft = kaki
ch = rantai
m = meter
km = kilometer
m2 / mps / sq. m = meter persegi
k2 / ka2 / kp / kps / ft2 / sq. ft = kaki persegi
H / hek / ha = hektar
A / ac / ek = ekar
R / r = rood
p = pole
cal = calculation
comp = computation
ki = kiraan
dpi = dari perkiraan
sc = scale
sa = seperti asal
j = jumpa

CONTOH JADUAL PERTUKARAN UNIT

1 rantai = 100 ling = 20.1168 meter = 66 kaki

Maksudnya :

1 rantai = 100 ling
1 rantai = 20.1168 meter
1 rantai = 66 kaki

#szdesigninfo
#kuasaiautocad




GARIS PANDUAN PENGURUSAN LUKISAN SIAP BINA (LSB)

 Lukisan ini diwujudkan sebagai panduan untuk :

a) Mengurus pengumpulan dan penyimpanan LSB dengan lebih sistematik dan seragam;

b) Memastikan setiap premis / aset mempunyai LSB yang lengkap dan tepat; dan

c) Mewujudkan pusat sehenti LSB dan arkib LSB.

Difinisi

Aset bangunan - Sesuatu binaan bangunan dan semua komponen serta fasiliti berkaitan yang terdapat di dalam sesuatu premis.

Blok - Blok merupakan bangunan atau suatu binaan yang
mempunyai bumbung, dinding , pintu masuk dan boleh diakses dengan sempurna dalam sesuatu premis. Lukisan Binaan (Constructed Drawing)

- Lukisan Binaan adalah lukisan binaan bagi sesuatu komponen yang telah siap dilaksanakan. Lukisan Kerja Pembinaan (Construction / Shop / Working Drawing)

- Lukisan Kerja Pembinaan merupakan cadangan
lukisan lengkap sebelum kerja pembinaan dengan
mengambil kira keperluan semua sistem atau
komponen yang akan dibina / dipasang pada sesuatu
produk.
.
.
Lukisan Siap Bina - Lukisan Siap Bina adalah lukisan bagi pembinaan yang telah siap dilaksanakan secara keseluruhan merangkumi semua sistem perkhidmatan dan fasiliti yang berkaitan termasuk dokumen-dokumen sokongan berkaitan seperti Manual Operasi dan Penyenggaraan, Sijil ‘Testing and Commissioning’ dan sebagainya. Ianya juga termasuk lukisan yang dihasilkan daripada proses ukur lukis.

Pegawai Penguasa - Sebagaimana takrifan yang terkandung dalam kontrak.

Pihak Pelaksana - Kementerian, jabatan termasuk badan berkanun atau pihak luar yang telah dipilih/dilantik untuk menguruskan pelaksanaan pengurusan aset.

Singkatan

AKR - Arkib Kerja Raya
DPA - Daftar Premis Aset
JKR - Jabatan Kerja Raya
KHA - Kita Hayat Aset
KPP - Ketua Penolong Pengarah
LSB - Lukisan Siap Bina
MPAM - Manual Pengurusan Aset Menyeluruh
PAK - Pengurusan Aset Kerajaan
PAM - Pengurusan Aset Menyeluruh
PP - Pegawai Penguasa
SPK - Sistem Pengurusan Kualiti
UPLSB - Urus Setia Pengurusan Lukisan Siap Bina

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

a) Pegawai Penguasa (PP) - Bagi Projek yang Baru Siap
i. Memastikan LSB di sedia mengikut spesifikasi dan SPK JKR;
ii. Memastikan setiap LSB disahkan oleh wakil PP Pakar dan di rekod;

iii. Menentusah LSB diterima mengikut bilangan dalam senarai
LSB;

iv. Menyediakan senarai LSB dan salinan digital LSB;

v. Menghantar LSB kepada Urus Setia Pengurusan LSB (UPLSB);

vi. Memastikan LSB yang dipinda dihantar kepada UPLSB.

#szdesigninfo
#kuasaiautocad
#kuasai3dsmax










MASIH TAK RETI NAK BACA DRAWING PLAN? LEBIH PARAH NAK BUAT DRAWING PLAN PUN TAK TAHU?


.
Anda patut baca post ini sampai habis jika anda ada MASALAH..
.
[#ANDA tak tahu BACA PELAN. Malunya bila client minta suggestion drawing tapi masih TERKIAL-KIAL tak tahu nak arrange pelan macam mana??
.
[#ANDA dah bertahun-tahun belajar Autocad tapi KERJAYA bidang lain. Memang dah LUPA dan TAK PRAKTIS. Tiba-tiba dapat intebiu tapi majikan perlukan skill Autocad ini??
.
[#ANDA “sub” drawing kepada ORANG LAIN. Kadang-kala lambat siap, drawing tidak ikut guide yang sepatutnya dan banyak KERUGIAN WANG sehingga CLIENT LARI??
.
[#ANDA dah kuasai AUTOCAD 2D saja tapi mahu mahirkan 3D atas sebab banyak permintaan CLIENT yang memerlukan pandangan 3D PERSPEKTIF??
.

ILMU-ILMU PRAKTIKAL & PROVEN YANG ANDA DAPAT DI KELAS BELAJAR AUTOCAD & 3DS MAX CARA MUDAH INI.

.
 #1 Kaedah Belajar Asas Autocad dengan mudah, pantas dan proven.
.

 #2 Tools dan Shortcut untuk membuat design dengan lebih cepat dan jimat masa.
.
#3 Kaedah Buat Design yang Simple dan Cepat tanpa drawing semula

 #4 Kaedah Menggunakan TEMPLETE dan LIBRARY yang kami berikan untuk memudahkan dam mempercepatkan design.
.
Yang menariknya, anda boleh belajar mengikut bidang anda seperti:
.
➡️ Asas Autocad, Lukisan Pelan Lantai & 3D (Pakej A)
➡️ Asas Autocad & Lukisan Pelan Lantai(Pakej B )
➡️ Asas 3ds-Max(Pakej C)
➡️ Lukisan 3D Perspektif Interior @ 3D Perspektif Exterior(Pakej D)
➡️ Lukisan Elektrik(Pakej E)
➡️ Lukisan Pelan Arkitek(Pakej F)
➡️ Lukisan Pelan Struktur @ RC Plan(Pakej G)
➡️ Lukisan Mekanikal & Elektrikal(Pakej H)
➡️ Lukisan Teknikal Perabot
➡️ Lukisan Teknikal Produk
➡️Lukisan Kejuruteraan
.
.

Bagaimana?
ANDA SERIUS NAK DAFTAR?
MACAM MANA NAK DAFTAR?"
.
.
Komen “NAK DAFTAR” dan kami akan berikan details kelas untuk langkah selanjutnya.
.
Atau.
.

Klik link ini untuk details kelas:
✔️ https://bit.ly/2kB9TJ3
✔️ https://bit.ly/2kB9TJ3

Bertindak segera sebelum pesaing mendahului anda!

Jumpa nanti ya






 











APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...