Saturday 14 September 2019

Fungsi dan Faktor Ergonomik Dalam Pejabat

Menurut wikipedia, nama ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.

Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk menambahbaik penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja. Jenis peralatan yang mereka gunakan, bagaimana proses kerja dilakukan, dan persekitaran tempat mereka bekerja.
Penulis buku Bodyspace-Anthropometry, Ergonomics and the design of Work, Stephen Pheasant mengatakan, ruang kerja pejabat yang asas mempunyai hanya meja dan kerusi, pengguna hanya melakukan dua pekerjaan sahaja iaitu:

Tugasan berasaskan kertas- membaca, melakar dan menulis.
Tugasan berasaskan skrin- komputer, projektor dan televisyen.

Akibat Tiada Unsur Ergonomik Dalam Pejabat

Menurut kajian bahagian kesihatan dan keselamatan alam sekitar Universiti Alabama di Huntsville, Amerika Syarikat. Sebanyak 275,000 kes pekerja mendapat musculoskeletal disorders (MDs) iaitu kesan gangguan ke atas otot, sendi, tendon dan ligamen.
Kajian pihak mereka juga mendapati 13 peratus kecederaan di tempat kerja datangnya daripada Carpal Tunnel Syndrome (CTS) iaitu sindrom sakit di bahagian pengelangan tangan dan nisbah 3:1 iaitu wanita, cenderung mendapat sindrom ini berbanding lelaki.

4 Faktor Ergonomik Dalam Pejabat

Terdapat empat faktor ergonomik yang terdapat dalam sesebuah pejabat iaitu:
Perabot
Pencahayaan
Laluan
Ventilasi (pengudaraan)

#1 – Perabot
Perabot utama di pejabat ialah meja dan kerusi kerja. Meja kerja ketinggian standard ialah 29 – 30 inci tinggi. Meja yang berbucu melengkung lebih baik daripada meja berbucu tajam.
Manakala meja berbentuk ‘L’ lebih mudah untuk mencapai semua benda yang diperlukan oleh seorang pekerja.
Apabila menggunakan kerusi kerja, cuba ubah ketinggian kerusi supaya paras siku selaras dengan permukaan meja. Jika backrest kerusi tidak selesa, letak kusyen kecil sebagai sokongan.
Armrest kerusi perlu cukup besar (panjang dan lebar) untuk menyokong dan merehatkan lengan anda ketika bekerja. Oleh itu, buat pelaburan dalam membeli kerusi yang selesa, berkualiti, dan boleh dilaraskan setiap komponennya seperti backrest, armrest, dan seat height.

#2 – Pencahayaan
Percahayaan yang tidak sesuai di dalam pejabat, boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada diri pekerja seperti kekeringan mata, sakit kepala, dan hilang tumpuan kerja.
Dengan kebanyakan kerja kini dilakukan mengunakan komputer, kita menerima cahaya daripada skrin monitor dan silau yang berlebihan.
Bagi mengatasi masalah ini, pastikan cahaya pejabat terang tanpa terdapat banyak bayangan atas meja kerja, kurangkan brightness level skrin monitor dan pasangkan kemasan tingkap pejabat seperti wood blinds atau vertical blinds, jika sinaran cahaya matahari terus ke komputer anda.

#3 – Laluan
Ruang laluan antara meja kerja yang minima dan selamat ialah kelebaran dua orang berdiri seiring (1,350 mm atau terhad 4 kaki lebar).
Memudahkan dua orang melalui secara serentak atau seorang pekerja membawa barang tanpa terjadinya pelanggaran dengan meja kerja atau dinding pembahagi meja kerja tersebut.

#4 – Ventilasi (Pengudaraan)
Pengudaraan yang tiada aliran udara boleh mengakibatkan kita menghirup udara kotor dan pelbagai lagi bau-bauan yang kurang menyenangkan, yang terkumpul semalaman di dalam pejabat.
Oleh itu, sebelum pejabat mula beroperasi, elok membuka tingkap untuk udara semulajadi yang segar masuk dan udara kotor keluar.
Selain itu, pastikan suhu dijaga bagi mengelakkan kepanasan akibat suhu panas cahaya lampu pejabat atau sejuk seperti kutub utara. Servis penyaman udara pejabat mengikut masa yang ditetapkan dan pasangkan air-freshener untuk kesegaran bau wangi ruang.

3 Tip Mengelakkan Kesakitan Ketika Duduk Lama Menghadap Komputer

Lakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot-otot badan di ruang kerja kita.
Gunakan teknik Pomodoro® 30 minit. 25 minit digunakan untuk fokus melakukan kerja dan 5 minit untuk kita berehat sebentar.

Lihat pemandangan landskap hijau untuk merehatkan mata yang kering akibat mengadap terlalu lama skrin monitor komputer.

Apabila pejabat lebih ergonomik, pekerja berasa lebih sihat, selesa dan selamat . Selain itu, produktiviti kerja pekerja akan meningkat dan berkualiti.

Disokong oleh David J. Oborne, penulis buku Ergonomics at Work, apabila memahami bagaimana kita melakukan kerja atau berinteraksi dengan peralatan, dan apabila manusia dengan mesin dalam keadaan lengkap melengkapi, produktiviti kita akan meningkat.

Bagi pemilik sesebuah perniagaan, para pekerja merupakan aset syarikat. Ini merupakan salah satu resepi bisnes AirAsiadan merupakan faktor utama kerjayaan syarikat kapal terbang tambang murah itu.

Jika pekerja kita sakit dan tidak dapat diganti, syarikat boleh rugi.
Oleh itu, jadikan pejabat kita tempat yang selamat dan selesa untuk bekerja.




















Tuesday 3 September 2019

NAK BELAJAR AUTOCAD & 3DS-MAX SECARA PERSONAL/GROUPING DI OFFICE/ IPTA/IPTS/RUMAH ANDA??


.
“Dah tahu autocad tapi nak UPGRARED lagi softskill untuk jana side income dengan FREELANCE??
.
.
Macam mana nak SETTING LIGHTING bagi cantik dengan menggunakan 3Ds-max ini ??
.
.
“Kadang-kadang habis masa 3,4 jam mencari dan search 3D untuk furniture dan objek di internet tapi tak jumpa juga. Sudahnya terpaksa hire drafter untuk buat la”.
.
.
PENAT dan LAMA dah buat AUTOCAD & 3DS-MAX tapi masih di tahap yang sama??
.
MEH CIKGU SAZLI TOLONG.
Komen "Bantu saya” kat bawah ni Sekarang ðŸ˜Š. Cikgu sazli nak bantu....
.
Pelajar Engeneering/ Interior Design / Electrical
 Arkitek
 Land surveyor
 Interior Designer yang berminat membuat 3d visual
 mereka yang mempunyai minat dalam 3d visual
 Kontraktor / carpenter
 Pengusaha 3D Printing
.
.
Khas untuk golongan yang masih mencari jalan terbaik untuk belajar AUTOCAD dan 3DS-MAX ini.
Dalam kelas belajar autocad dan 3D max ini di hadkan maximum 6 orang peserta dalam satu masa. suka ke ? Nak turut serta juga?
 cikgu sazli bantu anda untuk mahir autocad dan 3ds-Max dengan cara mudah. 90% pembelajaran secara praktikal. Jaga-jaga ada task akan diberikan.
 Personal/ Group coaching khas untuk anda. Segala soal dan jawab boleh di buncangkan dengan segera.
.
.
Amacam? Nak Cikgu Sazli bantu anda dalam Autocad dan 3Ds-Max ??
TUNGGU DULU ... ðŸ˜Š
.
Cikgu Sazli nak share BONUS sikit Untuk mudahkan kerja Autocad & 3ds-max.
Cikgu sazli akan sediakan TEMPLETE untuk memudahkan kerja drawing anda supaya cepat dan kemas.
.
Jadi macam mana? Berminat?
.
So kalau BETUL2 BERMINAT nak belajar Autocad & 3ds-Max secara PERSONAL, boleh hubungi hotline ini 013-2020320.

Jumpa nanti ya!















Monday 2 September 2019

APA ITU "CF" DAN "CCC"??

a) CF adalah bermaksud Sijil Perakuan Kelayakan atau Certificate of Fitness untuk untuk menduduki sesuatu rumah.

b) CCC adalah bermaksud menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation - CFO) yang dikeluarkan oleh PBT.

c) Oleh kerana sesuatu projek pemajuan bangunan itu melibatkan pelbagai pihak, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2007 (Akta A1286) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2007 mentakrifkan para profesional yang mengeluarkan CCC sebagai 'Orang Utama Yang Mengemukakan' (Principal Submitting Person - PSP).

d) Takrif ini adalah bertujuan membezakan peranan yang dimainkan di antara para profesional dengan pihak-pihak seperti kontraktor atau lain-lain profesional yang turut terlibat dalam projek berkenaan.
e) PSP juga merupakan pihak yang bertanggungjawab mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan PBT.

f) Sesuatu bangunan yang didirikan perlu mempunyai perakuan yang mengesahkan ia selamat dan layak diduduki.

g) Perakuan ini hanya dikeluarkan setelah pembinaannya mematuhi peruntukan undang-undang, pelan bangunan yang diluluskan dan juga syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Temapatan di peringkat kelulusan pelan.

h) Adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu menduduki sesuatu bangunan, samada bangunan komersial atau bangunan kediaman, yang tidak memiliki perakuan.

i) 'Perakuan Siap dan Pematuhan' (Certificate of Completion and Compliance- CCC) adalah perakuan bangunan yang diperluaskan dari perakuan CCC sedia ada ke atas banglo yang dibina berasingan kepada bangunan-bangunan kategori lain yang lebih kompleks.

j) Perakuan ini dikeluarkan oleh para profesional yang terdiri daripada Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia, Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia atau Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia.


k) Para profesional dan Pelukis Pelan Bangunan ini dilantik oleh pihak pemaju sebagai perunding projek untuk mengawasi bangunan yang didirikan dari peringkat penyediaan pelan sehingga bangunan berkenaan sudah siap dibina.




APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...