Monday 2 September 2019

APA ITU "CF" DAN "CCC"??

a) CF adalah bermaksud Sijil Perakuan Kelayakan atau Certificate of Fitness untuk untuk menduduki sesuatu rumah.

b) CCC adalah bermaksud menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation - CFO) yang dikeluarkan oleh PBT.

c) Oleh kerana sesuatu projek pemajuan bangunan itu melibatkan pelbagai pihak, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2007 (Akta A1286) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2007 mentakrifkan para profesional yang mengeluarkan CCC sebagai 'Orang Utama Yang Mengemukakan' (Principal Submitting Person - PSP).

d) Takrif ini adalah bertujuan membezakan peranan yang dimainkan di antara para profesional dengan pihak-pihak seperti kontraktor atau lain-lain profesional yang turut terlibat dalam projek berkenaan.
e) PSP juga merupakan pihak yang bertanggungjawab mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan PBT.

f) Sesuatu bangunan yang didirikan perlu mempunyai perakuan yang mengesahkan ia selamat dan layak diduduki.

g) Perakuan ini hanya dikeluarkan setelah pembinaannya mematuhi peruntukan undang-undang, pelan bangunan yang diluluskan dan juga syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Temapatan di peringkat kelulusan pelan.

h) Adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu menduduki sesuatu bangunan, samada bangunan komersial atau bangunan kediaman, yang tidak memiliki perakuan.

i) 'Perakuan Siap dan Pematuhan' (Certificate of Completion and Compliance- CCC) adalah perakuan bangunan yang diperluaskan dari perakuan CCC sedia ada ke atas banglo yang dibina berasingan kepada bangunan-bangunan kategori lain yang lebih kompleks.

j) Perakuan ini dikeluarkan oleh para profesional yang terdiri daripada Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia, Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia atau Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia.


k) Para profesional dan Pelukis Pelan Bangunan ini dilantik oleh pihak pemaju sebagai perunding projek untuk mengawasi bangunan yang didirikan dari peringkat penyediaan pelan sehingga bangunan berkenaan sudah siap dibina.




2 comments:

  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete

APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...