Saturday 25 November 2017

Apa itu Autocad?

Apa itu Autocad?


AutoCAD merupakan sebuah perisian yang biasa digunakan untuk tujuan am dalam merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer dalam pembentukan model serta lakaran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai “Computer-aided drafting and design program” (CAD). Perisian ini boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali dalam bidang-bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang kejuruteraan Mekanikal, Awam, Senibina, Rekabentuk Grafik, dan semua bidang yang berkaitan dengan penggunaan CAD.


Sistem perisian lukisan terbantu komputer ini akan membekalkan kemudahan dalam penghasilan model yang tepat untuk memenuhi keperluan piawaian di samping segala informasi di dalam lakaran boleh digunakan dalam bentuk laporan, Penilaian Baham (BOM), kaedah kawalan dan numerical dan sebagainya. Dengan bantuan sistem ini dapat menghasilkan sesuatu kerja pada tahap kecekapan dan yang tinggi ketepatan di samping menjimatkan masa dengan hanya perlu memberi beberapa arahan yang mudah.


Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES, dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa pengguna mengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.


Sebelum sesuatu kerja dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem perkomputeran beroperasi adalah penting bagi memudahkan segala kerja yang dilakukan supaya tidak timbul sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan sistem tersebut.Oleh itu, perkara asas yang perlu diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer adalah seperti pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system), penggunaan “hardware” dan “software”.






P/S: Anda yang betul-betul berminat dan komited untuk dapatkan ilmu AUTOCAD dan 3DS-MAX sahaja dialu-alukan untuk hadir ke kelas ini.





Tuesday 14 November 2017

PANDUAN ASAS MEMBUAT LUKISAN PELAN


PANDUAN ASAS MEMBUAT LUKISAN PELAN


Sistem Penilaian Lukisan Pelan
Semasa membuat lukisan Pelan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelukis pelan untuk menentukan setiap lukisan pelannya diterima mengikut peraturan yangditetapkan. Diantaranya ialah:-

a) Ketepatan

Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz, penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan pelan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.


b) Teknik melukis

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak berserabut.


c) Kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian software untuk membuat lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelukis pelan.


d) Masa menyiapkan lukisan
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu seperti kemahiran menggunakan Autocad.

Jika ada sebarang pertanya mengenai lukisan pelan boleh rujuk talian di bawah ini :-
.

WEBSITE   : www.szdesign2020.com.my







Wednesday 8 November 2017

6 KELEBIHAN AUTOCAD

6 Kelebihan Autocad


1. Lukisan yang dihasilkan mempunyai kualiti jauh lebih baik dibanding dengan hasil tangan atau secara manual kerana lukisan kelihatan lebih kemas dan tepat.

2. Lukisan yang dihasilkan dapat menjimatkan kos dan masa terutama dalam bidang perbuatan dan pembinaan.

3. Mudah dan Efisyen kerana dapat terus dicetak apabila lukisan telah siap. Namun perlu mempunyai kemahiran yang sepatutnya bagi memastikan segala kerja-kerja membuat lukisan lebih cepat dan tiada kesalahan.

4. Bidang lukisan untuk kerja AutoCAD tidak terbatas sehingga boleh digunakan untuk membuat lukisan dengan ukuran yang berskala besar dan kompleks, tetapi dalam pencetakannya dapat dipilih bagian tertentu saja yang ingin dicetak mengikut kesesuaian saiz kertas.

5. Skala Lukisan yang dihasilkan adalah fleksibel karana dapat mencetak lukisan yang dihasilkan dengan jenis skala yang sangat variatif dan boleh ditentukan dengan unit tertentu.

6. Lukisan yang dihasilkan menggunakan Autocad mudah disimpan dan boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membuat lukisan 3d perspektif.

Jika ada penambahan/ cadangan tuan/puan boleh berikan di ruang komen. Terima kasih.




Tuesday 7 November 2017

APA ITU LUKISAN ELEKTRIK?


Apa itu lukisan elektrik?

Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik. Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk simbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan. 


Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.Terdapat duasistem bekalan elektrik iaitu sistem satu fasa dan sistem tiga fasa.Bagi rumah kediaman lazimnya system satu fasa digunakan manakala kilang dan bengunan besar memerlukan tiga fasa. Setelah mempelajari unit ini , anda dapat :


i. Mengenal pasti jenis lukisan elektrik.
ii. Menerangkan kegunaan symbol piawai bagi alat tambah,suis dan fius agihan.
iii. Menyusun atur alat tambah,pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik.
iv. Melukis pelan bentangan domestic.
v. Melukis gambarajah skema unit kawalan utama pengguna.


1.1 Kenalpasti system bekalan elektrik
1.1.1. Sistem satu fasa

- Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu
kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal.
Sistem satu fasa (Single phase)
- Beban kurang seperti rumah kediaman


1.1.2. Sistem tiga fasa (Three phase)
- Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan
satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC.
- Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut untuk perkhidmatan penyediaan lukisan elektrik boleh hubungi:-

Mohd Sazli Cikgu Autocad - 0132020912/ 013-2020320
WEBSITE : www.szdesign2020.com.my  




APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...