Sunday 8 July 2018

APA ITU SKALA??


Pengenalan
Ukuran merupakan perkara penting dan perlu difahamkan dalam lukisan. Jika boleh sesuatu objek itu dilukis mengikut saiz asalnya ternyatalah lukisan itu dalam saiz penuh atau dinyatakan dengan skala 1:1. Jadi skala dalam lukisan digunakan untuk menterjemahkan sesuatu bentuk asal pada halaman lain yg boleh dilihat secara menyeluruh.
CARA PENGIRAAN SKALA

Biasanya terdapat skala dalam lukisan. Contoh skala adalah 1 : 500. Apakah maksud 1 nisbah 500? Ataupun 1 : 500? Maksud yang ingin disampaikan disini adalah ;

1 centimeter dlm lukisan = 500 centimeter jarak di luar.
Jadi 1cm dalam plot adalah bersamaan 5 meter panjangnya di tapak bina. Sama juga dengan 1 : 200 atau lain2 nya.

PENERANGAN
Pengecilan dan Pembesaran
Sekiranya perlu menyediakan lukisan mengikut skala supaya dapat dimuatkan ke dalam keras lukisan adalah perlu mengetahui penggunaan skala untuk pembesaran dan pengecilan. Bagi objek – objek yang besar dilukis dengan skala mengecil ( Pengecilan ).
Contoh :-
Gambarajah pengecilan skala 1:2 bermaksud nisbah lukisan dengan objek sebenar adalah 1 mm dalam lukisan 2 mm objek sebenar. Lukisan menunjukkan ½ saiz objek. Jika skala 1:10 bermaksud 1 mm dalam lukisan 10 mm objek sebenar.

Bagi bahagian yang kecil dan rumit perlulah menggunakan skala pembesaran. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pada objek yang rumit. Jika pembesaran dibuat dua kali ganda skala dinyatakan 2:1 yang bermaksud 2 mm dalam lukisan 1 mm objek sebenar.

Kesimpulan pada skala yang digunakan 1:2 (1 dikiri meunjukkan lukisan dan 2 di kanan adalah objek). Sekiranya pembesaran 3:1 sama dengan 3 lukisan dan 1 adalah objek.
Pecahan Padan / Representation Fraction :
Pecahan padan menunjukkan nisbah antara ukuran dalam lukisan dengan ukuran objek sebenar.
Pecahan Padan - Saiz dalam lukisan
Saiz objek sebenar
Contoh :
i. Jika 1 inci dalam lukisan sama dengan 1 ela bagi objek
Pecahan Padan = 1 inci = 1
1 ela = 36
Ini digunakan untuk pengecilan menunjukkan unit lebih besar daripada lukisan.
ii. Sekiranya 2 mm panjang objek = 1 cm dalam lukisan
Pecahan Padan = 1 cm = 10 = 5
2 mm 2
Skalanya = 5:1 ( Objek dilukis 5 x saiz sebenar )
Rujukan :
1. Lukisan Geometri dan Kejuruteraan K. Morling
2. Australian Engineering Drawing Handbook Part 1
Skala Jurutera
Skala Penuh dan Nisbah Pembesaran
5 : 1 .
2 : 1
1 : 1
Pengecilan
1 : 2
1 : 20
1 : 200
1 : 2000
1 : 25
1 : 250
1 : 2500
1 : 25000
1 : 50
1 : 500
1 : 5000
1 : 50000
1 : 100
1 : 1000
1 : 10000
1 : 100000
Skala Akitek
Skala Penuh . . . .
Pengecilan
1 : 2
1 : 20
1 : 200
1 : 2000
1 : 2500
1 : 5
1 : 50
1 : 500
1 : 10
1 : 100
1 : 1000
Skala : Juruukur & Peta ( Surveying & Mapping )
Pengecilan
1 : 200
1 : 2000
1 : 250
1 : 2500
1 : 25000
1 : 500
1 : 5000
1 : 50000
1 : 500000
1 : 1000
1 : 10000
1 : 100000
1 : 1000000
Tambahan skala yang digunakan dalam lukisan – lukisan tertentu
1 : 125
1 : 1250
1 : 12500
1 : 3000
1 : 400
1 : 4000
1 : 750
1 : 800
1 : 8000
Kaedah menyatakan skala dalam lukisan
i. Skala yang ditunjukkan
ii. Skala 1 : 100
iii. Nota ( Tiada Skala )
iv. Dua Skala
a. Nota “Seperti ditunjukkan”
b. Atau yang ditunjukkan
c. Skala tegak 1 : 500
Skala Melintang 1 : 100
Skala Metrik digunakan mengikut penggunaan untuk lukisan kejuruteraan Mekanikal
1 : 1
1 : 10
1 : 2
1 : 20
1 : 2.5
1 : 2.5
1 : 5
1 : 33.3
Untuk Lukisan Akitek ( Pengecilan )
1 : 40 1 : 100
1 : 50 1 : 150
1 : 75 1 : 200
1 : 80
Untuk Pelan Lokasi
1 : 500 1 : 500
1 : 1000 1 : 10000
1 : 2000 1 : 20000
Untuk Pelan Juruukur ( Survey )
1 : 50000 1 : 200000
1 : 100000 1 : 500000
Skala untuk Peta ( Map )
JENIS – JENIS SKALA
Jenis2 skala dikelaskan mengikut penggunaan seperti :
1. Skala Akitek
2. Skala Engieer
3. Skala Mekanikal Engineer
4. Skala Decimal
5. Skala Metrik
Penerangan
1. Skala Akitek
Digunakan untuk mengecilkan supaya struktur bangunan atau binaan yang besar – besar dapat dimuatkan ke dalam kertas lukisan. Saiz – saiz yang terdapat pada skala Akitek adalah seperti :
½” = 1’ – 0” Saiz Penuh
6” = 1’ - 0’’ ½ Saiz Penuh
3” = 1’ - 0’’ ¼ Saiz Penuh
1 1/2” = 1’ - 0’’ 1/8 Saiz Penuh
1” = 1’ - 0’’ 1/12 Saiz Penuh
3/4” = 1’ - 0’’ 1/16 Saiz Penuh
1/2” = 1’ - 0’’ 1/24 Saiz Penuh
3/8” = 1’ - 0’’ 1/32 Saiz Penuh
1/4” = 1’ - 0’’ 1/48 Saiz Penuh
3/16” = 1’ - 0’’ 1/64 Saiz Penuh
1/8” = 1’ - 0’’ 1/96 Saiz Penuh
3/32” = 1’ - 0’’ 1/128 Saiz Penuh
Contoh :
½” = 1’ – 0” adalah saiz penuh
¾” = 1’ – 0” adalah 1/16 saiz ( ¾ - 12 = 1/16 )
1A. Skala Akitek ( Inci / Imperial ) :
1B. Skala Akitek ( Metrik )
2. Skala Engineer
Skala dibahagikan kepada perpuluhan 10 – 80 bersamaan dengan satu inci. Digunakan bagi memplot , melukis peta dan bahagian – bahagian mesin.
3. Skala Mekanikal Engineer
Skala mekanikal pecahannya dibahagikan kepada unit dalam inci ke inci 1” : 1” = bagi saiz penuh . Pengecilan ½” = 1” ( setiap ½” dalam lukisan = 1 inci objek sebenar)
4. Skala Decimal
Skala khas dimana setiap 1 inci saiz penuh pada skala dibahagikan kepada 50 bahagian. Setiap sub unit = 0.02” ( 1/50 = 0.02” ) 5 S/unit = mewakili 1. Bagi skala separuh ½” mewakili 1” bermaksud ½” pada skala dibahagikan kepada 50 bahagian ( ½ - 50 = 0.01 ). Setiap satu sub unit = 0.01. 10 sub unit mewakili = 1”.

Begitu juga bagi skala seperempat dan seterusnya. Kesimpulannya penggunaan skala decimal ini bolehlah dengan merujuk kepada skala penuh untuk penggunaan skala pengecilan atau pembesaran dengan mengecilkan ukuran atau menggandakannya.

5. Skala Metrik :
Asas bagi unit Metrik ialah Meter. Simbol yang digunakan adalah ‘M’.
Setiap 1 Meter = 1000 Milimeters
1 mm = 0.001 m
10 mm = 0.01 m
Kredit : Kontraktor Malaysia








 Semoga membantu dan memberi manfaat.

1 comment:

  1. Hi, assalamualaikum, boleh saya tahu. Apa maksud dalam skala autocad 1:1, adakah ia 1:100 atau 1:1000 ye?

    ReplyDelete

APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...