Saturday 14 September 2019

Fungsi dan Faktor Ergonomik Dalam Pejabat

Menurut wikipedia, nama ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.

Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk menambahbaik penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja. Jenis peralatan yang mereka gunakan, bagaimana proses kerja dilakukan, dan persekitaran tempat mereka bekerja.
Penulis buku Bodyspace-Anthropometry, Ergonomics and the design of Work, Stephen Pheasant mengatakan, ruang kerja pejabat yang asas mempunyai hanya meja dan kerusi, pengguna hanya melakukan dua pekerjaan sahaja iaitu:

Tugasan berasaskan kertas- membaca, melakar dan menulis.
Tugasan berasaskan skrin- komputer, projektor dan televisyen.

Akibat Tiada Unsur Ergonomik Dalam Pejabat

Menurut kajian bahagian kesihatan dan keselamatan alam sekitar Universiti Alabama di Huntsville, Amerika Syarikat. Sebanyak 275,000 kes pekerja mendapat musculoskeletal disorders (MDs) iaitu kesan gangguan ke atas otot, sendi, tendon dan ligamen.
Kajian pihak mereka juga mendapati 13 peratus kecederaan di tempat kerja datangnya daripada Carpal Tunnel Syndrome (CTS) iaitu sindrom sakit di bahagian pengelangan tangan dan nisbah 3:1 iaitu wanita, cenderung mendapat sindrom ini berbanding lelaki.

4 Faktor Ergonomik Dalam Pejabat

Terdapat empat faktor ergonomik yang terdapat dalam sesebuah pejabat iaitu:
Perabot
Pencahayaan
Laluan
Ventilasi (pengudaraan)

#1 – Perabot
Perabot utama di pejabat ialah meja dan kerusi kerja. Meja kerja ketinggian standard ialah 29 – 30 inci tinggi. Meja yang berbucu melengkung lebih baik daripada meja berbucu tajam.
Manakala meja berbentuk ‘L’ lebih mudah untuk mencapai semua benda yang diperlukan oleh seorang pekerja.
Apabila menggunakan kerusi kerja, cuba ubah ketinggian kerusi supaya paras siku selaras dengan permukaan meja. Jika backrest kerusi tidak selesa, letak kusyen kecil sebagai sokongan.
Armrest kerusi perlu cukup besar (panjang dan lebar) untuk menyokong dan merehatkan lengan anda ketika bekerja. Oleh itu, buat pelaburan dalam membeli kerusi yang selesa, berkualiti, dan boleh dilaraskan setiap komponennya seperti backrest, armrest, dan seat height.

#2 – Pencahayaan
Percahayaan yang tidak sesuai di dalam pejabat, boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada diri pekerja seperti kekeringan mata, sakit kepala, dan hilang tumpuan kerja.
Dengan kebanyakan kerja kini dilakukan mengunakan komputer, kita menerima cahaya daripada skrin monitor dan silau yang berlebihan.
Bagi mengatasi masalah ini, pastikan cahaya pejabat terang tanpa terdapat banyak bayangan atas meja kerja, kurangkan brightness level skrin monitor dan pasangkan kemasan tingkap pejabat seperti wood blinds atau vertical blinds, jika sinaran cahaya matahari terus ke komputer anda.

#3 – Laluan
Ruang laluan antara meja kerja yang minima dan selamat ialah kelebaran dua orang berdiri seiring (1,350 mm atau terhad 4 kaki lebar).
Memudahkan dua orang melalui secara serentak atau seorang pekerja membawa barang tanpa terjadinya pelanggaran dengan meja kerja atau dinding pembahagi meja kerja tersebut.

#4 – Ventilasi (Pengudaraan)
Pengudaraan yang tiada aliran udara boleh mengakibatkan kita menghirup udara kotor dan pelbagai lagi bau-bauan yang kurang menyenangkan, yang terkumpul semalaman di dalam pejabat.
Oleh itu, sebelum pejabat mula beroperasi, elok membuka tingkap untuk udara semulajadi yang segar masuk dan udara kotor keluar.
Selain itu, pastikan suhu dijaga bagi mengelakkan kepanasan akibat suhu panas cahaya lampu pejabat atau sejuk seperti kutub utara. Servis penyaman udara pejabat mengikut masa yang ditetapkan dan pasangkan air-freshener untuk kesegaran bau wangi ruang.

3 Tip Mengelakkan Kesakitan Ketika Duduk Lama Menghadap Komputer

Lakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot-otot badan di ruang kerja kita.
Gunakan teknik Pomodoro® 30 minit. 25 minit digunakan untuk fokus melakukan kerja dan 5 minit untuk kita berehat sebentar.

Lihat pemandangan landskap hijau untuk merehatkan mata yang kering akibat mengadap terlalu lama skrin monitor komputer.

Apabila pejabat lebih ergonomik, pekerja berasa lebih sihat, selesa dan selamat . Selain itu, produktiviti kerja pekerja akan meningkat dan berkualiti.

Disokong oleh David J. Oborne, penulis buku Ergonomics at Work, apabila memahami bagaimana kita melakukan kerja atau berinteraksi dengan peralatan, dan apabila manusia dengan mesin dalam keadaan lengkap melengkapi, produktiviti kita akan meningkat.

Bagi pemilik sesebuah perniagaan, para pekerja merupakan aset syarikat. Ini merupakan salah satu resepi bisnes AirAsiadan merupakan faktor utama kerjayaan syarikat kapal terbang tambang murah itu.

Jika pekerja kita sakit dan tidak dapat diganti, syarikat boleh rugi.
Oleh itu, jadikan pejabat kita tempat yang selamat dan selesa untuk bekerja.




















1 comment:


  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?

Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain. KEPERLUAN FORMAT PELAN 1. Disedia...